Ahad, 14 Jun 2009

ِDari Kitab "Al-Muamalat Al-Maliyah Al-Mu'asoroh"(Profesor Muhammad Uthman Syabir)..

Salam sebagai pembuka bicara untuk anda semua.Insya Allah pada malam yang hening ini saya akan mengupas beberapa tajuk yang menarik yang ada di dalam kitab Al-Muamalat Al-Maliyah Al-Mu'asoroh karangan Profesor Muhammad Uthman Syabir cetakan yang ke-enam keluaran Darul Annafais,Jordan.Profesor Muhammad Uthman Syabir merupakan pensyarah di Fakulti Syariah,Jabatan Fiqh Wa Usuluhu,Universiti Jordan di Amman.

1)Kemunculan,Perkembangan dan Fungsi Duit

Pertama : Duit sebelum kemunculan Islam :

1- Sistem Barter : tidak dapat disangkal lagi bahawa manusia mula menggunakan duit sejak berkurun lama,tetapi pada awal kemunculan manusia di bumi,mereka bertukar-tukar barang melalui sistem barter.Sistem barter bermaksud pembayaran barang dengan barang iaitu harta dengan harta(keduanya bukan duit) atau pertukaran barang dengan barang.Akan tetapi sistem barter ini terdapat kelemahannya.Apa dia kelemahannya?Kita berjumpa di lain waktu.Salam semua.